Thursday, January 7, 2010

ILMU

"....ALLAH akan meninggikan orang-orang yang beriman di antara kamu dan orang-orang yang diberi ilmu pengetahuan beberapa darjat...." al-mujadalah


WALAUPUN sudah bergelar datuk, Abubakar Muhammad Barinjimi dari Nigeria menyimpan hasrat untuk memperolehi ijazah kedoktoran (Phd.) dalam bidang teologi sebelum berusia 100 tahun.

Rakan-rakan kelas Abubakar berusia tujuh tahun dan mereka tidak berjanggut sepertinya. Beliau yang berumur 88 tahun duduk di tengah-tengah kelas di kerusi yang ditempah khas untuknya.

Persamaan antara mereka adalah mereka belajar sukatan pelajaran sama walaupun beza umur mereka bagaikan langit dan bumi.

Datuk kepada 60 orang cucu ini perlu mengorak langkah seribu untuk mencapai hasratnya dan buat permulaan harus belajar membaca dan menulis terlebih dahulu.

Kalau mengikut kiraan biasa, setelah usianya menjangkau 120 tahun barulah Abubakar dapat memperolehi segulung ijazah kedoktoran.

“Usia bukan penghalang dan cita-cita saya adalah untuk bergelar doktor dalam bidang teologi sebelum menutup mata buat selama-lamanya,” jelasnya sambil duduk dan memegang sebatang pensil dalam kelas.

Pesara jurubina bangunan ini mendaftarkan diri di sebuah sekolah persendirian yang bermodelkan sekolah Nigeria dan Mesir pada 2008. Sekolah yang terletak di negeri Kano, Nigeria ini mengajar agama Islam dan sukatan pelajaran umum.

Abubakar menaiki bas sekolah sejauh enam kilometer dari rumahnya setiap hari untuk ke sekolah bersama dua orang cucunya yang turut belajar di sekolah yang sama.

Dalam pada itu, salah seorang daripada lapan orang anaknya, Sani Barinjimi tumpang gembira dan merasa bangga apabila mendapat tahu ayahnya mahu melanjutkan pelajaran.

“Kami memberikan sokongan moral dan kewangan agar ayah dapat mencapai cita-citanya,” kata guru kolej yang berumur 42 tahun itu.

Abubakar pada mulanya berhasrat untuk belajar membaca Al-Quran dan berjaya mencapai impiannya.

Kemudian, beliau bercita-cita menjadi pakar teologi untuk menyebarkan agama Islam kepada masyarakat bukan Islam yang berkomunikasi dalam Bahasa Inggeris.

Abubakar buta huruf kerana tidak berpeluang untuk menjejakkan kaki ke sekolah pada usia muda.

Ayah Abubakar menyuruhnya menjadi seorang perintis jurubina. Hasil daripada perniagaan itulah Abubakar menyara keluarga serta membesarkan lapan orang anaknya. Kesemua anak-anak Abubakar bersekolah.

Abubakar digelar Baba, (bermaksud ayah dalam bahasa Hausa) oleh guru-guru serta rakan-rakan sekolahnya. Namun, Abubakar tidak mengendahkan jurang umur antara dia dan murid-murid lain.

“Saya gembira berada di samping mereka kerana kehadiran mereka memberikan saya galakan serta keberanian,” jelas Abubakar. Guru-guru serta rakan-rakan sekelasnya berkata Abubakar semakin maju dalam pelajarannya.

“Abubakar mendapat nombor empat dalam kelas dan dalam sebarang kuiz atau peperiksaan. Dia juga mampu belajar dengan cepat,” kata guru besar sekolahnya, Suleiman Garba Hussein kepada AFP.

Tambahnya, Abubakar mampu menyesuaikan diri dengan baik dengan murid-murid lain dan mahu dilayan secara sama rata.

Rakan sekelasnya, Fatima Garba, berkata dia seronok belajar dan main bersama Abubakar yang juga adalah sahabat baiknya.

“Sepanjang tahun lalu, pengajaran yang saya perolehi adalah hidup ini tidak berguna tanpa pelajaran dan saya akan terus mengejar impian saya selagi hidup,” ujar Abubakar.


Di sini ia bermula..tiada pengakhiran,tiada alasan,tiada keluhan,tiada hentian...kecuali MATI


p/s : kata tok mat : kawan aku kelantan tu 3 kali mafsul, ko muda lagiii..





2 comments:

Unknown said...

Berjuang selagi ada umur. Sangat bermotivasi kisah ni. Saudara, ana cadangkan anta cuba pakai plug in http://comluv.com/ untuk menarik ramai pengomen dan meningkatkan trafik. Cuma tidak pasti blogspot support atau tidak.

abhs said...

erm..terima kasih..tetapi bagaimanakah caranya itu..huhu..buah cempedak di luar pagar, ambil galah tolong jolokkan , saya budak baru belajar, klau salah tolong tunjukkan..