Saturday, January 30, 2010

KEMATIAN YANG PASTI





كُلُّ نَفۡسٍ۬ ذَآٮِٕقَةُ ٱلۡمَوۡتِ‌ۗ وَإِنَّمَا تُوَفَّوۡنَ أُجُورَڪُمۡ يَوۡمَ ٱلۡقِيَـٰمَةِ‌ۖ
فَمَن زُحۡزِحَ عَنِ ٱلنَّارِ وَأُدۡخِلَ ٱلۡجَنَّةَ فَقَدۡ فَازَ‌ۗ
وَمَا ٱلۡحَيَوٰةُ ٱلدُّنۡيَ
آ إِلَّا مَتَـٰعُ ٱلۡغُرُورِ ١٨٥


" Tiap-tiap yang berjiwa akan merasakan mati. Dan sesungguhnya pada hari kiamat sahajalah disempurnakan pahalamu. Barangsiapa dijauhkan dari neraka dan dimasukkan ke dalam syurga maka sungguh ia telah beruntung. Kehidupan dunia itu tidak lain hanyalah




Jumaat, 29/1/2010-aku dikejutkan dengan sms dan berita dari kawan2.dua insan yang aku kenali..wan gemencheh dan asyraf e'dadi...kedua-dua mereka telah menghadap illahi..pencipta alam dan sekalian makhluk yang menumpang di alam ini...al-Fatihah untuk mereka berdua...

wan gemencheh, seingat aku 2 kali sahaja kami bertemu sepanjang hidupku...walaupun pertemuan dan perkenalan yang singkat, tapi ia sangat bermakna buat aku...sungguh, aku benar2 terkejut dengan kiriman sms itu...teringat saat aku menziarahi wan dan atuk gemencheh,mereka berdua melayan aku seperti cucu-cucu mereka...hidangan ikan masak lemak cili api yang sedap,kemudian makan langsat..aku merasa begitu mesra bersama mereka..ALLAHHU AKBAR..ENGKAU MAHA BERKUASA YA ALLAH...tidak sempat aku menziarahi wan...ENGKAU lebih menyayanginya...semoga ALLAH menempatkan roh wan bersama roh-roh orang yang soleh..amin.takziah buat atuk dan ahli keluarga yang lain...semoga terus tabah dan dberi kekuatan oleh ALLAH S.W.T.




Asyraf e'dadi...xsilap tahun 2000 kita mula kenal..orang gemas...pendiam..tapi orangnya memang hebat..aku lebih ingat kwn2 gelar acap taekwando...balik dari solat jumaat sahaja kawan2 bgtau kepulangan kamu kehadrat ALLAH S.W.T...Semoga kau aman berehat di alam sana..kami juga akan menyusul seperti kamu...semoga keluargamu tabah dan terus tabah..kami juga sedih kehilangan orang seperti kamu..seorang pejuang yang diharapkan boleh mempertahankan agama kita..sudah pasti keluargamu lebih terkesan dengan pemergianmu..harapan keluarga...

sesungguhnya ALLAH S.W.T lebih mengetahui apa yang kita tidak ketahui...salam sejahtera untuk kamu berdua...doa kami sentiasa untuk anda berdua..al-fatihah


p/s : kematian itu pasti, tapi kita tidak mungkin tahu bila waktu untuk kita tiba, bagaimana jika kita tidak bersedia ?

No comments: