Saturday, January 16, 2010

Tawakkal



" .....barangsiapa bertaqwa kepada ALLAH, niscaya DIA ( ALLAH ) akan membukakan jalan keluar baginya.
Dan DIA ( ALLAH ) memberinya rezeki dari arah yang tidak disangka-sangkanya.Dan barangsiapa BERTAWAKKAL kepada ALLAH, niscaya ALLAH akan mencukupkan ( keperluannya ).Sesunggunya ALLAH melaksanakan urusan-NYA.Sungguh , ALLAH telah mengadakan ketentuan bagi setiap sesuatu" at-Tholaq 2-3

PENGERTIAN TAWAKKAL

"...dan bermusyawarahlah dengan mereka dalam urusan itu ( urusan peperangan dan hal-hal duniawi lainnya seperti urusan politik, ekonomi, kemasyarakatan dan lain-lain ).Kemudian, apabila engkau telah membulatkan tekad, maka bertawakkallah kepada ALLAH.Sungguh ALLAH mencintai orang-orang yang bertawakkal."al-Imran 159

Imam ibnu Hajar al-Asqolani berkata " Tawakkal iaitu memalingkan pandangan dari berbagai sebab setelah sebab disiapkan"

Imam Ahmad " Tawakkal bererti memutuskan pencarian disertai keputus-asaan terhadap makhluk"


ORANG MUKMIN HENDAKLAH SENTIASA BERTAWAKKAL KEPADA ALLAH DI DALAM SEMUA URUSAN

" Dan Musa berkata, " Wahai kaumku ! Apabila kamu beriman kepada ALLAH, maka bertawakkallah kepada-NYA, jika kamu benar-benar orang muslim ( berserah diri ) " yunus 84

" ......dan kepada ALLAH hendaknya orang-orang yang beriman bertawakkal" al-mujadalah 10


TAWAKKAL HENDAKLAH DISELANGI DENGAN USAHA

"...dan bermusyawarahlah dengan mereka dalam urusan itu ( urusan peperangan dan hal-hal duniawi lainnya seperti urusan politik, ekonomi, kemasyarakatan dan lain-lain ).Kemudian, apabila engkau telah membulatkan tekad, maka bertawakkallah kepada ALLAH.Sungguh ALLAH mencintai orang-orang yang bertawakkal." al-Imran 159

"Amr bin Umayah berkata: 'Aku bertanya,'Wahai Rasulullah, Apakah aku ikat dahulu (tunggangan)ku lalu aku bertawakkal kepada Allah, atau aku lepaskan begitu saja lalu aku bertawakkal?' Baginda menjawab, 'Ikatlah kenderaan (unta)mu lalu bertawakkallah'."


TAWAKKAL MERUPAKAN SALAH SATU KUNCI KEJAYAAN

" Sesungguhnya orang yang menegaskan keyakinannya dengan berkata : Tuhan kami ialah ALLAH kemudian mereka tetap teguh di atas jalan yang betul, akan turunlah malaikat kepada mereka dari semasa ke semasa ( dengan memberi ilham ) janganlah kamu bimbang ( dari berlakunya kejadian yang tidak baik terhadap kamu ) dan janganlah kamu berdukacita dan terimalah berita gembira bahawa kamu akan beroleh syurga yang telah dijanjikan kepada kamu' Fussilat 30

Dan barangsiapa BERTAWAKKAL kepada ALLAH, niscaya ALLAH akan mencukupkan ( keperluannya ).Sesunggunya ALLAH melaksanakan urusan-NYA.Sungguh , ALLAH telah mengadakan ketentuan bagi setiap sesuatu" at-Tholaq 3
Ar Rabi' bin khutsaim berkata mengenai ayat ini.." iaitu mencukupinya dari segala sesuatu tatkala manusia merasa sempit akannya"

Rasullallah s.a.w bersabda " Sungguh, seandainya kalian bertawakklah kepada ALLAH dengan sebenar-benarnya,niscaya kalian akan diberi rezeki sebagaimana burung-burung.mereka berangkat pada waktu pagi dalam keadaan lapar dan pulang pada waktu senja dalam keadaan kenyang" ( at-Tirmizi, Ahmad, Ibnu Majah )

KISAH PARA RASUL YANG SENTIASA BERTAWAKKAL KEPADA ALLAH SETELAH BERUSAHA

" Dan bacakan;lah kepada mereka berita penting tentang Nuh ketika dia berkata kepada kaumnya," wahai kaumku ! jika terasa berat bagimu aku tinggal bersamamu dan peringatanku dengan ayat-ayat ALLAH,maka kepada ALLAH aku bertawakkal....." Yunus 71

" Demikianlah KAMI telah mengutus engkau ( Muhammad ) kepada suatu umat yang sungguh sebelumnya telah berlalu beberapa umat ,agar engkau bacakan kepada mereka al-Quran yang kami wahyukan kepadamu padahal meraka ingkar kepada tuhan yang Maha Pengasih.Katakanlah " DIA tuhanku tidak ada tuhan selain DIA hanya kepadanya aku bertawakkal dan hanya kepadanya aku bertaubat" ar-Ra'd 30


Tawakkal merupakan satu pengharapan yang tinggi yang tulus ikhlas kita kepada ALLAH..Tawakkal itu dipengaruhi oleh usaha yang terbaik yang telah kita lakukan demi sesuatu tujuan atau matlamat..tanpa usaha yang gigih dan istiqomah mana mungkin kita harapkan natijah yang cemerlang seperti yang kita harapkan hanya dengan tawakkal semata-mata..kerana tawakkal itu datang setelah berusaha...ingatlah pesan imam Abu Qasim al -Khusyairi..

" Ketahuilah tawakkal itu letaknya di dalam hati, adapun gerak lahiriah maka hal itu tidak bertentangan dengan tawakkal yang ada di dalam hati setelah seseorang meyakini yang rezeki ( kejayaan ) itu datangnya daripada ALLAH S.W.T. Jika terdapat kesulitan maka hal itu adalah kerana takdir-NYA..dan jika terdapat kemudahan maka hal itu kerana kemudahan daripada-NYA"

Yakinlah kepada ALLAH dengan sebenar-benar keyakinan, juga yakinilah akan diri sendiri, berusahalah dengan bersungguh-sungguh dengan penuh sabar dan istiqomah..kerana istiqomah itulah karamah yang ALLAH kurniakan kepada hambanya..

Jika kecemerlangan dan kesenangan yang kita cari dan yang kita usahakan untuk kehidupan kita di dunia ini dan akhirat sana, maka berusahalah dengan selayaknya untuk kesenangan itu..

" Dan carilah ( kesenangan ) negeri akhirat dengan apa yang telah dianugerahkan oleh ALLAH kepadamu, tetapi janganlah kamu lupakan bahagianmu di dunia..." al-Qasas 77


p/s ...mase sekolah dulu, tiap kali nak exam selalu tengok kat meja kawan-kawan..nak berjaya kene ada DUIT...doa,usaha,ikhlas,TAWAKKAL..


selamat menempuh imtihan sahabat-sahabat..Taufiq insyaALLAH

No comments: