Wednesday, March 7, 2012

RECOVERY




Setiap ciptaan perlukan waktu untuk PULIH..manusia yang sakit,perlu waktu untuk PULIH, kereta yang rosak perlukan juga waktu untuk PULIH..

PEMULIHAN memerlukan bimbingan, sokongan, perhatian dan sebagainya...

“Demi masa. Sungguh manusia dalam kerugian, kecuali mereka yang beriman dan melakukan amal kebaikan, saling menasihati supaya mengikuti kebenaran dan saling menasihati supaya mengamalkan kesabaran”. (Al-Ashr :1-3) 

“Dan berilah peringatan kepada kerabat-kerabatmu yang terdekat” (As-Syu’ara:214) 

PULIH supaya kita kembali kepada yang asal..suci,bersih,

asal manusia adalah suci dan bersih dari dosa,

“Tiap-tiap anak itu dilahirkan dalam keadaan suci. Maka kedua orang tuanya yang menjadikannya beragama Yahudi, Nasrani atau Majusi” (HR Baihaqi) 

maka manusia perlukan waktu untuk pulih, perlukan bimbingan, sokongan, perhatian dan lain-lain untuk pulih kembali supaya kembali kepada asal dan fitrah kejadian..iaitu SUCI dan BERSIH....