Friday, February 5, 2010

DOA




وَقَالَ رَبُّڪُمُ ٱدۡعُونِىٓ أَسۡتَجِبۡ لَكُمۡۚ

" Dan Tuhanmu berfirman :" berdoa'lah kepadaKU, niscaya akan KUperkenan bagimu "
al-Mu'min 60



1 SIFAT DOA PARA ANBIYA' ALAIHIMUS SOLATU WASSALAM

Bagi para Nabi, ketika mereka memohon doa pada ALLAH S.W.T mereka meminta dengan penuh adab dan penuh pengharapan agar doa yang diminta dimakbulkan oleh ALLAH S.W.T.
ALLAH S.W.T gambarkan semua itu di dalam firmanNYA di dalam surah al-Anbiya' ayat 90

فَٱسۡتَجَبۡنَا لَهُ ۥ وَوَهَبۡنَا لَهُ ۥ يَحۡيَىٰ وَأَصۡلَحۡنَا لَهُ ۥ زَوۡجَهُ ۥۤ‌ۚ إِنَّهُمۡ ڪَانُواْ يُسَـٰرِعُونَ فِى ٱلۡخَيۡرَٲتِ وَيَدۡعُونَنَا رَغَبً۬ا وَرَهَبً۬ا‌ۖ

"Maka KAMI memperkenankan doanya, dan KAMI anugerahkan kepadanya Yahya dan KAMI jadikan isterinya dapat mengandung.Dan sesungguhnya mereka adalah orang-orang yang selalu bersegera dalam melakukan perkara kebaikan dan mereka berdoa kepada kami dengan penuh pengharapan dan rasa cemas ( takut azab ALLAH )

2-MAKSIAT AKAN MENGHALANG MUSTAJABNYA DOA.

Begitu ramai orang yang berdoa siang dan malam, tetapi ALLAH S.W.T masih lagi belum memakbulkan doanya..Sesungguhnya perlu diingat di sini bahawa segala maksiat itu hanya akan menyebabkan doa-doa yang dipohon tidak di makbulkan..bagaimana doa itu hendak dimakbulkan jika seorang hamba itu siang dan malamnya dipenuhi dengan maksiat, makan dan minumnya dari sumber yang haram, perkataan dan perbualannya adalah dusta.adakah doa hamba seperti itu akan dimakbulkan? Imam an-Nawawi telah menyebut di dalam al-Azkar iaitu "Dosa yang dilakukan akan menjadi benteng yang menghalang penerimaan doa oleh Allah"

3-MEMUJI ALLAH DALAM BERDOA..

Segala puji bagi ALLAH TUHAN SEKALIAN ALAM...sekalian makhluk di langit, di bumi dan yang berada di antara keduanya hendaklah sentiasa memuji ALLAH S.W.T...pujilah ALLAH dengan nama-nama-NYA yang mulia..berdoalah kepada ALLAH dengan cara memuji-NYA

وَلِلَّهِ ٱلۡأَسۡمَآءُ ٱلۡحُسۡنَىٰ فَٱدۡعُوهُ بِہَا‌ۖ

" ALLAH itu memiliki nama-nama yang baik, maka berdoalah dengan nama-nama itu"
al-A'raf 180



4-ISTIQOMAH DLM BERDOA..

Siang malam,secara terang atau sembunyi ketika susah atau senang...berdoalah tanpa putus asa..teruskan berdoa tanpa ada hentian..lihat sahaja kisah nabi ALLAH Musa di dalam surah yunus ayat 89

قَالَ قَدۡ أُجِيبَت دَّعۡوَتُڪُمَا فَٱسۡتَقِيمَا وَلَا تَتَّبِعَآنِّ سَبِيلَ ٱلَّذِينَ لَا يَعۡلَمُونَ

ada ulama' menafsirkan bahawa ALLAH S.W.T memakbulkan doa Nabi Musa Alaihissalam setelah 40 tahun lamanya...

5-JANGANLAH TERGESA-GESA MINTA DOA ITU DIMAKBULKAN..

Sesungguhnya telah disebut di dalam adab-adab berdoa adalah tidak tergesa-gesa dalam memohon doa dimakbulkan..Imam Bukhari dan Muslim meriwayatkan, Nabi SAW bersabda

"Doa seseorang kamu akan diperkenankan selagi mana dia tidak bersikap tergesa-gesa dengan berkata, (Aku telah pun berdoa tetapi nampaknya tidak diperkenankan) Mereka yang tergesa-gesa bersikap seolah-olahnya mengetahui apa yang terbaik untuk diri mereka."


6-BERDOALAH DENGAN RASA RENDAH HATI DAN PENUH RINTIHAN

Sesungguhnya ALLAH S.W.T itu Maha Kaya..Sesungguhnya ALLAH itu Sebaik-baik pemberi kurnia..berdoalah..

ٱدۡعُواْ رَبَّكُمۡ تَضَرُّعً۬ا وَخُفۡيَةً‌ۚ إِنَّهُ ۥ لَا يُحِبُّ ٱلۡمُعۡتَدِينَ

" Berdoalah kepada Tuhanmu dengan rendah hati dan suara yang lembut.Sungguh DIA tidak menyukai orang-orang yang melampui batas"
al-A'raf 55


7-YAKINLAH BAHAWA DOA ITU AKAN DIMAKBULKAN....

Telah warid di dalam sebuah hadis yang mafhumnya " AKU ( ALLAH ) adalah mengikut sangkaan hambaKU"

8-HUBUNGKAN PERSAUDARAAN MEMUSTAJABKAN DOA..

Mereka yang menghubungkan persaudaraan adalah mereka yang sentiasa saling mendoakan saudaranya..Sesungguhnya doa orang yang zalim itu tidak akan dimakbulkan oleh ALLAH..Hadis Nabi S.A.W seperti mafhumnya " Apabila seorang muslim itu mendoakan saudara nya secara sembunbyi lalu berkatalah malaikat " amin, kepada engkau juga ( yang berdoa ) seperti apa yang engkau doakan untuk saudaramu"



Ya ALLAH Tuhan yang Maha Agung
Ya ALLAH Tuhan yang Menguasai segala penciptaan
Ya RAHMAN Tuhan yang Amat Penyayang kepada segala makhluk
Ya RAHIM Tuhan yang Maha Pengasih kepada mereka yang beriman
Ya WAHHAB Tuhan yang Sebaik-Baik pemberi kurnia
Ya RAZZAK TUHAN Yang Maha Kaya
Kurniakanlah segala kebaikan hidup dunia dan akhirat kepada kami
Dengarlah segala rintihan hati kami
Makbulkanlah segala doa-doa kami
Seperti mana Engkau makbulkan doa-doa orang soleh di antara kami
Gembirakanlah kami dengan rahmat dan pertolongan-MU
Kurniakanlah kepada kami
Seperti apa yang Engkau kurniakan kepada orang-orang yang soleh
Siapakah yang akan memakbulkan doa apabila kami berdoa pada-NYA?
Sesungguhnya Engkau Maha Mendengar,
Maha Mengetahui apa yang kami tidak ketahui
Hanya kepada Engkau kami memohon
Sesungguhnya Engkau Maha Kaya
Lagi Sebaik-Baik Pemberi kurnia

....AMIN....

p/s : al-Fatihah buat sahabat kami..Hafidz Omar..semoga dalam rahmat ALLAH jua di alam sana..kami juga pasti akan menyusul sepertimu



MALU BERTANYA SESAT JALAN

فَسۡـَٔلُوٓاْ أَهۡلَ ٱلذِّڪۡرِ إِن كُنتُمۡ لَا تَعۡلَمُونَ 

" Maka tanyakanlah kepada orang yang berilmu, jika kamu tidak mengetahui "al-anbiya' 7




Panduan jika anda sesat jalan atau tidak berjumpa dengan destinasi yang dituju di egypt...

-elakkan membaca peta yang dibeli di maktabah..kerana peta2 itu selalunya tidak pernah di "update"..

-elakkan bertanya pada orang awam yang mundar mandir..kerana mereka suka buat2 tahu..lebih2 lagi bila tgk orang malizi

-elakkan bertanya pada polis2 yang berpangkat rendah..mereka juga same..suka bagi jawapan yang salah sahaja..sebab mereka selalu 2minggu bertukar tempat untuk bertugas di tempat baru..kalau polis trafik xpe..

-banyakkan bertanya dengan berlainan orang..dan buat kesimpulan atas semua jawapan..kerana anda akan dapat jawapan yg berlainan...

-tanya lah kepada tauke kedai atau bawab2 yang berada di sekeliling anda..insyaALLAH pasti jawapan yg diberi agak meyakinkan..

-juga boleh bertanya kepada "despatch2" ARABIATA,QALYUBI,KFC,MCD,KHUSYAIRI ET-TAHRIR,HORUS atau se "spesis" dengannya..dah memang tugas mereka hafal nama2 jalan yang ada..

-boleh juga bertanya pada polis yang ade pangkat di baju..yang siap pakai spek mata hitam..mereka ni memang tahu..sebab tu baju diaorang banyak paku..


DAN YANG PALING PENTING SEKALI APABILA ANDA BERJUMPA DENGAN ORANG INI JANGAN BERTANYAKAN SOALAN JIKA ANDA SESAT...KERANA ADA KEMUNGKINAN ANDA AKAN LEBIH SESAT SAMPAI KE NEGARA JIRAN YANG BERDEKATAN




p/s : pak cik, lain kali klu kita jumpa lagi, saya tidak akan tanya lagi dah..tapi saya yang akan tanya balik.pak cik hendak pergi mana?boleh saya tunjukkan jalannya..tension betul...