Wednesday, January 20, 2010

HUJAN

" Dan KAMI turunkan dari langit air yang banyak manfaatnya..." Qaaf ayat 9



Sudah 2 hari...perkara yang dah lama aku tak nampak..dah lama aku tak rasa...teringat masa berada di tanah air dulu..bila tiba je keadaan camni...rasa cam feel jer..seronok...di sini..hendak tunggu waktu-waktu camni,memang jarang-jarang berlaku...setahun empat hingga lima kali sahaja...tapi alhamdulillah...2 hari ini..aku nikmatinya...HUJAN...

Bila tibanya hujan...ramai yang bergegas ke ampaian..."angkat jemuran, HUJAN dah turun " salah satu dialog dalam filem P Ramlee...tak kurang juga layan kopi dengan biskut kering sambil sembang-sembang..perempit-perempit pulak lepak bawah jambatan...yang sedang menonton astro pulak bengang takde siaran..budak-budak pulak mase inilah nak main HUJAN...bila dah pulang,mak bagi pelempang..xke malang...mase HUJAN jugak banyak kemalangan..mintak dijauhkan ya Tuhan...


Aku di sini ditimpa HUJAN...nak membasuh HUJAN pulak yang datang...banyak jugak alasan...mata pulak asyik nak terpejam...nak hafal matan..banyak pulak yang bagi cadangan..tido jela, kan senang...mata tu terpejam-pejam...lihaf pulak asyik memandang... lalu kat katil jugak aku terlentang....itulah penangan kesejukan..ditambah pulak nikmatnya HUJAN...

HUJAN...ramai yang kata HUJAN ni rahmat Tuhan...HUJAN ini banyak kelebihan...HUJAN punca rezki yang datang..ALLAH dah terangkan dalam al-Quran tentang kelebihan HUJAN, peranan HUJAN, kekuatan HUJAN...

"......dan DIA menurunkan air HUJAN dari langit,lalu DIA menghasilkan dengan HUJAN itu buah-buahan sebagai rezki kamu...." al-Baqarah 22

"....dan ALLAH menurunkan kepadamu HUJAN dari langit untuk menyucikan kamu dengan hujan itu..." al-Anfal 11


" Dan KAMI turunkan kepada mereka hujan ( batu ), maka perhatikanlah bagaimana kesudahan bagi orang-orang yang berdosa" al-A'raf 84

HUJAN...bagi hamba yang bersyukur dan beriman..HUJAN itu tanda kekuasaan TUHAN YANG MAHA PENYAYANG...HUJAN itu hadiah dari TUHAN SEMESTA ALAM...Carilah kelebihan HUJAN...ia pergi ia datang...Kerana HUJAN juga hamba TUHAN...


p/s : nak sambung tido atas tilam..sebab dah malam..

No comments: