Wednesday, January 13, 2010

IMTIHAN ITU UJIAN


“ Dan janganlah engkau tujukan pandangan matamu kepada kenikmatan yang telah KAMI berikan kepada beberapa golongan dari mereka, sebagai bunga kehidupan dunia, agar KAMI uji mereka dengan kesenangan itu.Kurniaan Tuhanmu itu lebih baik dan kekal.” Toha 131


IMTIHAN PASTI WUJUD..UJIAN PASTI ADA...

" Dan sungguh , KAMI benar-benar akan menguji kamu sehingga KAMI mengetahui orang-orang yang benar-benar berjihad dan bersabar di antara kamu, dan KAMI akan menguji perihal kamu" Muhammad 31

SEMUA GOLONGAN AKAN BERIMTIHAN….SEMUA AKAN DIUJI….

“...dan Daud mengetahui bahawa KAMI mengujinya maka ia meminta ampun kepada Tuhannya lalu menyungkur sujud dan bertaubat “ Shaad 24

“Dan sesungguhnya KAMI telah menguji Sulaiman dan KAMI jadikan dia tergeletak di atas kerusinya sebagai tubuh yang lemah kerana sakit kemudia dia bertaubat “ Shaad 34

“ Apakah manusia itu mengira bahawa mereka dibiarkan sahaja mengatakan : kami telah beriman sedang mereka tidak diuji lagi ?” al-Alkanbut 2

“ Orang-orang munafiq memanggil orang-orang Mukmin “ bukankankah kami dahulu bersama kamu?” Mereka menjawab ,”Benar,tetapi kamu mencelakakan dirimu sendiri, dan kamu hanya menunggu, meragukan janji-janji ALLAH dan ditipu oleh angan-angan kosong samapai datang ketetapan ALLAH,dan penipu ( syaitan ) datang memperdayakan kamu tentang ALLAH” al-Hadid 14


MENGAPA PERLU IMTIHAN...DIUJI

“Dan semua kisah dari Rasul-Rasul KAMI ceritakan kepadamu, ialah kisah-kisah yang dengannya KAMI teguhkan hatimu, dan dalam surat ini telah datang kepadamu kebenaran serta pengajaran dan peringatan bagi orang-orang yang beriman” Hud 120


KEHIDUPAN DI DUNIA INI MERUPAKAN SATU IMTIHAN…SATU UJIAN….

“ Ketahuilah, sesungguhnya kehidupan dunia itu hanyalah permainan dan senda gurauan,perhiasan dan saling berbangga di antara kamu serta berlumba dalam kekayaan dan anak keturunan, seperti hujan yang tanam-tanamannya mengagumkan petani,kemudian tanam-tanaman itu menjadi kering dan kamu lihat warnanya menjadi kuning kemudian menjadi hancur.Dan di akhirat nanti ada azab yang keras dan ampunan dari ALLAH serta keredhaanNYA.Dan kehidupan dunia itu tidak lain hanyalah kesenangan yang palsu” al-Hadid 20


BERSABARLAH MENGHADAPI IMTIHAN…UJIAN…

“ Kemudian Tuhanmu PELINDUNG bagi orang yang berhijrah setelah menderita ujian,kenudian mereka berjihad dan bersabar, sungguh , Tuhanmu setelah itu benar-benar Maha Pengampun, Maha Penyayang.”an-Nahl 110


p/s : Salam imtihan untuk semua sahabat yang berada di Mesir...Taufiq Wa Najah insyaALLAH...




No comments: