Saturday, June 19, 2010

KEBAHAGIAAN



Kita sering merasakan bahawa kita adalah orang yang bahagia bilamana kita mendapat apa yang kita hajati..bahagianya kita bila kita memiliki ilmu yang banyak..harta yang menimbun...bahagianya kita bila kita memiliki isteri yang cantik serta anak-anak yang ramai...bahagianyakita bila memiliki pangkat yang tinggi,pengaruh yang besar..segala kebahagiaan itu diukur melalui apa yang jelas pada pandangan mata kita...juga jelas dilihat oleh orang lain...sehingga timbul pula istilah penyakit PHD ( perasaan hasad dengki ) bilamana melihat orang lain memiliki semua itu..tahukah kita bahawa kebahagiaan itu bersifat zahir semata-mata..jelaslah firman ALLAH S.W.T di dalam surah ar-Rum ayat 7 yang bermaksud :

" mereka hanya mengetahui yang lahir sahaja dari kehidupan dunia, sedang mereka tentang kehidupan akhirat adalah lalai "


persoalannya..adakah kita pasti bahawa semua itu adalah kebahagiaan kita yang hakiki ? sebagai contoh..adakah kita pasti bahawa anak isteri yang kita miliki merupakan kebahagiaan yang hakiki untuk kita..ALLAH mengingatkan kita tentang perkara ini di dalam firmanNYA yang bermaksud :

" hai orang-orang yang beriman, sesungguhnya di antara isteri-isterimu dan anak-anakmu ada yang menjadi musuh bagimu,maka berhati-hatilah kamu terhadap mereka......" surah at-Taghabun ayat 14




apakah kebahagiaan yang sebenar ?

kebahagiaan yang sebenar dalam dunia ini ialah keimanan kepada ALLAH serta kemudahan dalam melakukan amal soleh..hanya dengan jalan ini barulah kita beroleh kebahagiaan yang hakiki dan kekal abadi di akhirat kelak iaitu syurga ALLAH serta nikmat-nikmat di dalamnya..dan sebesar-besar nikmat bagi penghuni syurga ialah melihat wajah ALLAH S.W.T yang maha agung...

" bagi orang-orang yang berbuat baik, ada pahala yang terbaik ( syurga ) dan tambahannya ( melihat ALLAH )......"Surah Yunus ayat 26.

sesungguhnya hendak mencapai kebahagiaan yang hakiki itu ( kebahagiaan akhirat ) kita hendaklah berusaha mencapai kebahagiaan dunia dahulu iaitu kemantapan iman dan amal soleh..

kebahagiaan bukanlah hadir secara tiba-tiba dan tidak mungkin dimiliki tanpa jalan usaha...kebahagiaan perlu dicari dan diusahakan dengan ilmu,penghayatan,kesungguhan secara berterusan dan konsisten..ALLAH S.W.T berfirman di dalam surah Fussilat ayant 30 yang bermaksud :

"sesungguhnya orang yang mengatakan " Tuhan kami ialah ALLAH " kemudian mereka meneguhkan pendirian mereka, maka malaikat akan turun kepada mereka ( dengan mengatakan )" janganlah kamu merasa takut dan janganlah kamu merasa sedih dan bergembiralah kamu dengan memperoleh syurga yang telah dijanjikan ALLAH kepadamu"

Semoga ilmu,isteri,anak-anak,harta,pangkat dan sebagainya merupakan kurniaan yang boleh mendekatkan kita kepada ALLAH S.W.T serta memudahkan jalan kita ke syurga..semoga kita terpelihara daripada azab api neraka yang maha dasyat..amin..

pesanan dari seorang sahabat.." apabila berdoa,mohonlah yang terbaik daripada ALLAH,kerana ALLAH sahaja yang mengetahui apa yang terbaik untuk kita"...

p/s :world cup + jabulani = xbest,hambar
JSC World Cup + LE 1500 = Scramble,no signal...
kesimpulan..membaca + makan roti john mambong = best..


Monday, May 17, 2010

DATING

" dan carilah ( kesenangan ) negeri akhirat dengan apa yang telah dianugerahkan oleh ALLAH kepadamu,tetapi janganlah kamu lupakan bahagianmu di dunia...."
al-qasas 77


Tarikh :30 Mei 2010, 1,10 dan 23 Jun 2010
Masa : 10.00 a.m
Tempat : Subarbay


Tips Untuk berDATING...

1-cukup persediaan dari segi mental dan fizikal.....
2-apabila si 'dia' bertanya..pastikan anda tidak mengecewakan 'dia'..beri jawapan yang betul..oleh itu,pastikan kita ada ilmu yang cukup..
3-pastikan penampilan kita baik dan bawa aksesori yang sewajarnya..tapi jgn over...
4-datang awal..kalau lewat....anda pon tahu akibatnya...
5-jangan menggelabah...
6-berdoa pada ALLAH agar 'dating' ini merupakan dating yang sangat indah...
7-jangan tergesa-gesa.....tenang sahaja...
8-jangan buat perkara yang dilarang,terlarang,terlampau...yang penting..jangan melampau..


p/s :INI BUKAN DATING IKHTILAT...



Darul Quran 2005


salam imtihan buat semua sahabat di Mesir

Tuesday, May 11, 2010

HARI IBU

" dAn KeTIka TerTUtuP SuDaH maTA IBUmu...
mAKa hIlaNGlaH sATu LaGi KEbeRkaTAAn di Sisi ALLAH...
Doa SeORanG IBU..."

Komen-komen yang dikutip dari facebook sempena hari ibu.....

1-" hari2 saye hargai ibu saye..hari2 saye doa tuk ibu saye..hari2 saye tambah sayang ibu saye..jadi xperlu la saye sambut hari ibu ..

2-
'hari2 sy hargai ibu sy, hari2 sy syg ibu sy, tp bile hari yg dikhaskan utk para ibu tiba, sy x hargai pun ibu sy khasnya...sbbnya sy da syg kat ibu sy'

3- Selamat hari ibu ...

4-saye hargai ibu saye hari2.saye syg ibu saye hari2.tp saye stil nak smbot.

5-kasih kite pada ibu ni bukan setakat sampai kite dah berkahwin je .. tapi kene sampai akhir hayat .. sebab sesetengah orang ni lepas dah ade bini mak no 2 tau ..
kekadang tu ade yang sampai tak perasan lagi perasan ibu kite lepas kite kawin .. soo renung2 kan lah kite macam maner ek ..

6-Sempena HARI IBU yang di rayakan ni.....dah telefon ke.... mak @ ibu @ mama @ mummy @ umi @ omak yang duduk jauh kat kampung tu???? Ada pendapat yang mengatakan, antara penderhakaan kepada ibubapa zaman sekarang ni, anak tak pernah @ lama dah tak tanya khabar mak ayah diaorang... Zaman moden telefon ada di sisi.... Tan...ya lah khabar pada ibubapa yang berada nun jauh di kampung....... agar kita tidak DERHAKA!!.....


PERMATAKU

Sunyi...selubungi malam...
Mengusik minda yang terlontar jauh...
Masih hangat terasa ...
Tangan yang membelai yang mengusik manja...
Daku damba kasihmu...
Biar jadi pedoman...
Buat penyuluh jalan kugapai impian...

Angin...kau nyanyikan lagu...
Untuk permataku...tenang selalu...
Bayu...sampaikan berita...
Daku kini ceria...aman dan bahgia...
Selimutkan rinduku bersama malammu...

Hadirlah...kau dalam mimpiku...
Agar kau selalu...ada disisiku...
Rindu belaian kasihmu...Rindu senyumanmu...
Penawar lukaku...
Dengarkan laguku...hadiah untukmu...
Jasa dan baktimu ku kenang selamanya...

Dikaulah cahaya...
Bila malam menjelma...
Kasihmu membawa ke syurga...
Dan redha yang Esa...


* Semoga ALLAH ganjarkan ibu-ibu kita dengan balasan syurga....ameen..

p/s: rase macam nak belajar buat kek sedap2,then bagi kat orang...huh...




Sunday, April 25, 2010

JUMAAT 23/4/2010







Berkata khatib..

" Sesungguhnya maksiat itu akan menghilangkan pancaran NUR di wajah,menghilangkan ilmu di dada,menghilangkan rasa kasih makhluk pada diri kita"

" dan amal soleh itu akan memancarkan NUR di wajah,memudahkan pemahaman ilmu,dan membuatkan makhluk mengasihi kita"


p/s: hari ini cuti..

Tuesday, April 20, 2010

KASIH SEORANG AYAH

bersyukur atas anugerah..yang bernama ayah...


SELAMAT HARI LAHIR YANG KE 54
SEMOGA ALLAH KURNIAKAN KEBAIKAN HIDUP DUNIA AKHIRAT KEPADA PAPA..
AMIN.....


my papa



papa berkata :angah,kita ini orang lelaki...macam mane hebat pun kita,macam mana kaya dan berkuasa pun kita..tanggungjawab kita terhadap mak ayah sampai bila-bila..ingat tu



hobi kita serupa..suka mandi-mandi di wet world

Sunday, April 11, 2010

BORN TO

BE HAMBA ALLAH

" dan AKU tidak menciptakan jin dan manusia melainkan supaya mereka menyembah-KU"
az-zariyat 56


WIN & EXCELLENT

" dan carilah pada apa yang telah dianugerahkan ALLAH kepadamu ( kebahagiaan ) negeri akhirat, dan janganlah kamu melupakan bahagianmu dari kenikmatan duniawi........"
al-Qosas 77




MAKE YOU HAPPY

"dan janganlah orang-orang yang mempunyai kelebihan dan kelapangan di antara kamu bersumpah bahwa mereka tidak akan memberi bantuan kepada kaum kerabatnya,orang-orang yang miskin dan orang-orang yang berhijrah di jalan ALLAH,dan hendaklah mereka memaafkan dan berlapang dada.apakah kamu tidak ingin ALLAH mengampuniMU?.dan ALLAH adalah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang."
an-Nuur 22





p/s:terima kasih kepada yang mendoakan dan menghiburkan...semoga ALLAH membalas jasa baik kalian..amin

pic pertama sweet 26 (11/4/2010)

Friday, April 9, 2010

Ibadah Aqiqah

1.PENGERTIAN

bahasa:potong
syara' : binatang yang disembelih sempena rambut dicukur @ dipotong


2. HUKUM

Sunat muakkadSabda Nabi: daripada Salman bin Amir al-Dhobbiy r.a katanya"aku mendengar Rasulullah s.a.w bersabda, bersama-sama kelahiran bayi ada aqiqahnya,oleh itu tumpahkanlah darah aqiqah bagi pihaknya dan buangkanlah kekotoran dan najis daripadanya"


3. WAKTU


bermula setelah kesemua tubuh bayi itu keluar daripada perut ibunya berterusan sehingga bayi itu baligh.pun begitu,sunat aqiqah pada hari ketujuh kelahiran bayi itu.

Sabda Nabi: daripada Samurah r.a katanya, " Rasulullah s.a.w bersabda, bayi itu tertebus dengan aqiqahnya.disembelih aqiqah pada hari ketujuh kelahirannya,diberikan nama dan dicukur rambutnya"

4. BINATANG YANG DISEMBELIH DAN JUMLAHNYA

Sabda Nabi: daripada Aishah r.a katanya" Rasulullah s.a.w menyuruh mereka menyembelih dua ekor kambing yang sepadan bagi aqiqah anak lelaki dn seekor bagi anak perempuan.



5. PERKARA-PERKARA SUNAT DALAM AQIQAH




-Daging aqiqah sunat disedekahkan selepas dimasak
-Daging aqiqah itu sunat dimasak manis supaya akhlak anak itu mulia
-Jika boleh tulang binatang aiqah sunat tidak dikerat2.dipotong pada sendi-sendinya sahaja



rujukan dari fiqh manhaji..wallahua'lam



فارس مع أبيه



p/s semoga menjadi anak yang soleh yang boleh berbakti untuk agama islam..amin..