Saturday, June 19, 2010

KEBAHAGIAAN



Kita sering merasakan bahawa kita adalah orang yang bahagia bilamana kita mendapat apa yang kita hajati..bahagianya kita bila kita memiliki ilmu yang banyak..harta yang menimbun...bahagianya kita bila kita memiliki isteri yang cantik serta anak-anak yang ramai...bahagianyakita bila memiliki pangkat yang tinggi,pengaruh yang besar..segala kebahagiaan itu diukur melalui apa yang jelas pada pandangan mata kita...juga jelas dilihat oleh orang lain...sehingga timbul pula istilah penyakit PHD ( perasaan hasad dengki ) bilamana melihat orang lain memiliki semua itu..tahukah kita bahawa kebahagiaan itu bersifat zahir semata-mata..jelaslah firman ALLAH S.W.T di dalam surah ar-Rum ayat 7 yang bermaksud :

" mereka hanya mengetahui yang lahir sahaja dari kehidupan dunia, sedang mereka tentang kehidupan akhirat adalah lalai "


persoalannya..adakah kita pasti bahawa semua itu adalah kebahagiaan kita yang hakiki ? sebagai contoh..adakah kita pasti bahawa anak isteri yang kita miliki merupakan kebahagiaan yang hakiki untuk kita..ALLAH mengingatkan kita tentang perkara ini di dalam firmanNYA yang bermaksud :

" hai orang-orang yang beriman, sesungguhnya di antara isteri-isterimu dan anak-anakmu ada yang menjadi musuh bagimu,maka berhati-hatilah kamu terhadap mereka......" surah at-Taghabun ayat 14




apakah kebahagiaan yang sebenar ?

kebahagiaan yang sebenar dalam dunia ini ialah keimanan kepada ALLAH serta kemudahan dalam melakukan amal soleh..hanya dengan jalan ini barulah kita beroleh kebahagiaan yang hakiki dan kekal abadi di akhirat kelak iaitu syurga ALLAH serta nikmat-nikmat di dalamnya..dan sebesar-besar nikmat bagi penghuni syurga ialah melihat wajah ALLAH S.W.T yang maha agung...

" bagi orang-orang yang berbuat baik, ada pahala yang terbaik ( syurga ) dan tambahannya ( melihat ALLAH )......"Surah Yunus ayat 26.

sesungguhnya hendak mencapai kebahagiaan yang hakiki itu ( kebahagiaan akhirat ) kita hendaklah berusaha mencapai kebahagiaan dunia dahulu iaitu kemantapan iman dan amal soleh..

kebahagiaan bukanlah hadir secara tiba-tiba dan tidak mungkin dimiliki tanpa jalan usaha...kebahagiaan perlu dicari dan diusahakan dengan ilmu,penghayatan,kesungguhan secara berterusan dan konsisten..ALLAH S.W.T berfirman di dalam surah Fussilat ayant 30 yang bermaksud :

"sesungguhnya orang yang mengatakan " Tuhan kami ialah ALLAH " kemudian mereka meneguhkan pendirian mereka, maka malaikat akan turun kepada mereka ( dengan mengatakan )" janganlah kamu merasa takut dan janganlah kamu merasa sedih dan bergembiralah kamu dengan memperoleh syurga yang telah dijanjikan ALLAH kepadamu"

Semoga ilmu,isteri,anak-anak,harta,pangkat dan sebagainya merupakan kurniaan yang boleh mendekatkan kita kepada ALLAH S.W.T serta memudahkan jalan kita ke syurga..semoga kita terpelihara daripada azab api neraka yang maha dasyat..amin..

pesanan dari seorang sahabat.." apabila berdoa,mohonlah yang terbaik daripada ALLAH,kerana ALLAH sahaja yang mengetahui apa yang terbaik untuk kita"...

p/s :world cup + jabulani = xbest,hambar
JSC World Cup + LE 1500 = Scramble,no signal...
kesimpulan..membaca + makan roti john mambong = best..


No comments: