1.PENGERTIAN
bahasa:potong
syara' : binatang yang disembelih sempena rambut dicukur @ dipotong
2. HUKUM
Sunat muakkadSabda Nabi: daripada Salman bin Amir al-Dhobbiy r.a katanya"aku mendengar Rasulullah s.a.w bersabda, bersama-sama kelahiran bayi ada aqiqahnya,oleh itu tumpahkanlah darah aqiqah bagi pihaknya dan buangkanlah kekotoran dan najis daripadanya"
3. WAKTU

bermula setelah kesemua tubuh bayi itu keluar daripada perut ibunya berterusan sehingga bayi itu baligh.pun begitu,sunat aqiqah pada hari ketujuh kelahiran bayi itu.
Sabda Nabi: daripada Samurah r.a katanya, " Rasulullah s.a.w bersabda, bayi itu tertebus dengan aqiqahnya.disembelih aqiqah pada hari ketujuh kelahirannya,diberikan nama dan dicukur rambutnya"
4. BINATANG YANG DISEMBELIH DAN JUMLAHNYA
Sabda Nabi: daripada Aishah r.a katanya" Rasulullah s.a.w menyuruh mereka menyembelih dua ekor kambing yang sepadan bagi aqiqah anak lelaki dn seekor bagi anak perempuan.

5. PERKARA-PERKARA SUNAT DALAM AQIQAH

-Daging aqiqah sunat disedekahkan selepas dimasak
-Daging aqiqah itu sunat dimasak manis supaya akhlak anak itu mulia
-Jika boleh tulang binatang aiqah sunat tidak dikerat2.dipotong pada sendi-sendinya sahaja
rujukan dari fiqh manhaji..wallahua'lam
فارس مع أبيه
p/s semoga menjadi anak yang soleh yang boleh berbakti untuk agama islam..amin..